Lembaga Getah Malaysia (LGM)    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

SOALAN-SOALAN LAZIM

 

  1. Bagaimanakah cara untuk saya membuat aduan atau pertanyaan?

Cara untuk membuat aduan atau pertanyaan kepada LGM adalah dengan klik pada pautan https://lgm.spab.gov.my

 

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan aduan?

 

Aduan ialah pernyataan perasaan tidak puas hati pelanggan atau orang ramai terhadap tindakan, dasar atau polisi, amalan dan penyampaian perkhidmatan oleh LGM yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan atau peraturan yang sedia ada termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa dan salah tadbiran.

 

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan bukan aduan?

 

Bukan aduan bermaksud pertanyaan, cadangan, pujian dan penghargaan.

 

  1. Siapakah pelanggan LGM?

 

Pelanggan LGM adalah mana-mana individu perseorangan atau orang awam atau mana-mana individu daripada agensi luar sama ada dari swasta atau kerajaan serta pihak-pihak yang berkepentinganyang diberikan perkhidmatan oleh LGM.

 

  1. Apakah jenis aduan yang diterima oleh LGM?

 

LGM menerima semua jenis aduan yang berkaitan dengan fungsi LGM dan apa-apa aduan berkenaan perlakuan pegawai dan pekhidmat LGM antaranya seperti:

 

  • Salah laku, salah guna kuasa dan penyelewengan pegawai dan pekhidmat LGM
  • Kualiti perkhidmatan dan layanan yang diberikan
  • Hal-hal berkaitan apa-apa tuntutan insentif oleh LGM
  • Kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang
  • Kegagalan mengikut prosedur dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa
  • Kelewatan atau tiada tindakan
  • Tindakan tidak adil
  • Kekurangan kemudahan awam
  • Pelbagai aduan - aduan yang luar daripada mana-mana jenis tersebut di atas

 

  1. Apakah jenis aduan yang boleh ditolak oleh LGM?

 

Secara umumnya semua aduan yang diterima daripada pelbagai saluran oleh semua pejabat LGM di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan diterima. Namun aduan yang diterima boleh ditolak sekiranya pengadu enggan memberikan maklumat yang betul dan lengkap, aduan yang berniat jahat (malafide), berbentuk ugutan atau ancaman, sebarang aduan yang menggunakan bahasa kesat, lucah, konfrantasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas dan aduan berulang daripada individu yang sama yang telah pun di beri maklumbalas sewajarnya.

  1. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Boleh.

 

  1. Apakah jenis-jenis pertanyaan yang boleh diajukan kepada LGM?

 

Apa-apa persoalan daripada pelanggan berkenaan LGM termasuk permohonan nasihat dan permohonan perkhidmatan. Permohonan nasihat ialah apa-apa permintaan dan pertanyaan yang memerlukan khidmat nasihat, pengesyoran atau ajaran yang baik berkaitan dengan getah daripada LGM. Permohonan perkhidmatan ialah apa-apa permintaan dan pertanyaan berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh LGM.

 

  1. Adakah pelanggan dibolehkan untuk memberi apa-apa cadangan atau komen kepada LGM?

 

Boleh. Cadangan dan komen para pelanggan kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM) adalah dialu-alukan dan amat dihargai.

 

  1. Apakah yang berlaku kepada aduan saya?

 

  1. LGM akan menghantar perakuan penerimaan aduan kepada pengadu.
  2. LGM akan berusaha untuk menyelesaikan aduan tersebut.
  3. LGM akan menjalankan semakan dan siasatan.
  4. LGM akan memberi makluman awal dalam tempoh 15 hari bekerja sekiranya aduan tersebut memerlukan siasatan lanjut.
  5. LGM maklumkan keputusan penyelesaian kes kepada pengadu.

 

Pada bila-bila masa, anda boleh menyemak status aduan anda dengan melayari Portal Aduan

 

 

 

  1. Berapa lamakah aduan dan pertanyaan saya akan diselesaikan?

 

Aduan dan pertanyaan yang diterima oleh LGM akan diselesaikan mengikut tempoh penyelesaian seperti berikut:

 

Aduan / Bukan Aduan

Tempoh Penyelesaian

Kategori

Aduan

Dalam masa 15 hari bekerja

Biasa

16 hari dan ke atas dan boleh mencecah sehingga 365 hari

 

Kompleks

Bukan Aduan

Dalam masa 5 hari bekerja

pertanyaan lazim, cadangan, pujian dan penghargaan

 

6 hari dan ke atas dan boleh mencecah sehingga 30 hari

 

pertanyaan bukan lazim

 

 

 

  1. Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat status aduan saya?

 

Status aduan boleh diketahui melalui Semak Maklumbalas menggunakan nombor rujukan / kes yang telah didaftarkan dalam SISPAA LGM

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader